Nuffnang Ads

Saturday, February 8, 2014

Power of Syukur



Assalammualaikum  semua, ..Alhamdulilah, been given a chance to still be alive and surrounded by the loves one,..

Menulis mengenai bersyukur ini benar-benar membuatkan saya berfikir panjang.Semua yang berlaku pada diri kita samaada baik atau tidak baik* itu hanya prasangka duniawi kita adalah ketetapanNYA. Teringat pesan salah seorang mentor saya, setiap hari bangunnya kita dari tidur perkara pertama yang perlu kita buat adalah bersyukur, Berapa ramai antara kita yang bersyukur bahawa kita masih bernafas hari ini?
Berapa ramai yang bersyukur kerana mempunyai anggota badan sempurna,sihat tubuh badan dan sebagainya?

SubhanALLAH, betapa besarnya kasih sayangNYA pada kita hamba pendosa ini?Ingatan pada diri saya dan semua yang membaca.*sekiranya ada.

Paling terkesan dalam diri bila saat saya sedang bersama keluarga, melawat kawasan sekitar Bangi,dan Sepang untuk membeli rumah. Rumah yang akan menjadi syurga dunia buat saya sekeluarga, saya menerima berita kehancuran rumahtangga kawan saya, MasyALLAH, besar benar dugaanMU pada hambamu yang satu itu. Semoga beliau tabah mengharungi segala dugaan. 

Benarkah setiap masalah,dugaan dan ujian yang dilalui setiap daripada kita hanya sementara? Ya, sebetulnya semua dugaan itu sememangnya sementara.Namun pernahkan kita bersyukur setiap kali berhadapan masalah,dan ujianNYA itu?Jika ya, Alhamdulilah anda telah faham maksud bersyukur dan redha. Jika tidak,sama-samalah kita berusaha kearah menjadi hambaNYA yang lebih baik. 

Sekadar renungan, ayat yang sering diulang dalam surah Ar-Rahmaan yang bermaksud
maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? "


55:16
So which of the favors of your Lord would you deny?
sumber daripada link ini
p/s: Manusia itu sifatnya pelupa,maka haruslah selalu diingatkan berulang kali.

No comments: