Nuffnang Ads

Tuesday, November 20, 2012

Dunia semakin kecil

As salam semua..salam sejahtera salam keamanan,semoga semua saudara seislam kita di Palestin dilindungiNYA daripada serangan zionis israel..

dewasa kini*cuba untuk memartabatkan bahasa melayu yang sangat kaya dengan keseniannya*..kesan daripada gelombang arus teknologi yang semakin menggila dunia dirasakan semakin kecil..sebab kenapa saya berkata demikian adalah kerana wujudnya laman sosial di alam maya seperti friendster,hi5,etc..sebelum era facebook..kita dapat berhubung dengan rakan taulan,saudara dekat jauh melalui laman sosial ini..tentunya ada kesan +ve dan -ve dalam semua perkara di dunia ini termasuklah penggunaan laman sosial ini.

Ok,kesan positifnya adalah seperti berikut..dapat memanjangkan silaturrahim sesama umat  manusia..terutamanya,kawan-kawan sekolah rendah,tadika semuanya dapat berjejak kasih di facebook..tetiba mulalah ramai friend2 yang kadang bukan friend pun terjadi friend..itulah antara kesan positif yang maha bagusnya..bukan itu saja,tiba-tiba bila keluar rumah hujung minggu pergi ke sesuatu majlis,maka makin ramai kenalan akan kita jumpai samada kenalan lama atau baru

Saya terpanggil untuk menulis mengenai kesan kewujudan laman sosial ini disebabkan insiden yang berlaku pada hujung minggu yang lalu.Saya menghadiri sebuah seminar motivasi di Shah Alam bersama rakan artis saya*eh!tetiba aku jadik retis la pulaks*..walaupun keadaan dewan berkenaan sarat dengan umat manusia,di celah2 keramaian itu maka saya ternampak seseorang yang saya kenali..dari tepi memang sah!rakan sekerja di syarikat lama saya dahulu..malangnya saya gagal mengingati semula nama beliau..tiba waktu rehat, tatkala semua hadirin berpusu-pusu keluar dewan, saya berasak-asak menuju ke rakan saya tadi..tujuannya hanya satu..ingin bertegur sapa..akhirnya saya berjaya mencuit bahu beliau..walaupun saya masih mengingati rupa beliau,saya gagal mengingati namanya..beliau juga tidak mengingati saya,..mungkin juga kami kurang rapat semasa bekerja di syarikat lama dahulu,setelah beberapa sesi soal jawab untuk recall kembali siapa saya dan dia,maka kami mula bercerita tentang kehidupan kini

Rakan saya yang datang bersama saya telah lama menunggu di sebelah,maka saya meminta diri untuk beredar memandangkan kami sama-sama mempunyai waktu rehat yang terhad sebelum masuk ke dewan semula..tiba-tiba salah seorang rakan saya bertanya tentang siapa kenaan saya sebentar tadi..rupa-rupanya,rakan pejabat saya ini hairan kenapa ramai benar kenalan saya dimerata-rata tempat*oh ya ini mengingatkan saya mengenai pertemuan semula saya dengan rakan di sekolah rendah dalam satu mesyuarat pembangunan sistem di tempat kerja* mungkin sebab itulah rakan ini mengganggap yang saya punyai ramai kenalan. Saya hanya mampu tersenyum,kerana saya memang mudah mengingati rupa seseorang.Maka setiap kali berjumpa seseorang yang saya kenal,saya akan cuba menegur..tak salah mengeratkan siaturrahim

Setibanya kami di kafeteria,sebelum menuju ke arah makanan saya terpandang seseorang yang agak saya kenali..rupa2nya beliau salah seorang senior saya di sekolah menengah dahulu..*tergelak saya dalam hati* kalaulah rakan pejabat saya tahu,mungkin dia akan kata ramai lagi kenalan saya.

Macam dah habis tatabahasa melayu yang cantek2,jadi saya akan guna bahasa rojak penang pulak ye? nak dipendekkan cerita saya ingat senior tu pon sebab dia friend2 dengan saya dalam FB..jadinya dengan FB dunia semakin keciks..itu yang sebnornye..ate teman udoh letih menaip ni,mohle kite rehat/tido ye yong?..selamat malam semua,salam keamanan

p/s: rasa macam tengah tuis hikayat hapa jer separuh masa pertama tadi haha

No comments: