Salam Aidilfitri..maaf zahir dan batin kepada yang membaca blog makngah..kalo pon ada,xdak pon xngape...tajuk entri adalah sindrom malas bekerja...mengapa itu yang dibebelkan hari ini..ini adalah kerana setelah seminggu lebey berehat dari kesibukan kerja,makanya..ramailah yang dijangkiti sindrom ini..ini boleh dilihat dengan pergerakkan staff2 dipejabat,jalan ala2 baru balik beraya sambil kekenyangan makan lemang dan rendang...itu belum termasuk berjumpa rakan taulan dipejabat sambil bersalam2an dan berpelukan mengucapkan selamat hari raya,..pon belum termasuk perubahan fizikal masing2,bagi yang sudah berkahwin..mulalah ada yang bertanya mungkinkah sudah berisi??takpon seluar,baju semuanya semakin mengecil*saya menyalahkan seluar,dan baju2 yang mengecil setelah ditinggalkan selama seminggu* living in denial punya olang memang ini macam maaa..ahaks..
Owhhh lagi satu,sindrom malas bekerja juga melanda semua peniaga-peniaga dan pengusaha restoran/gerai makan.sebab lunch time td jenoh merewang sekitar bandar baru ini mencari kedai yang masih meriah dgn makanan..hasilnya amat mengecewakan..
oleh itu,marilah semua rajin2kan diri bekerja..jgnlah asek makan lemang dan rendang sahaja di rumah..
p/s:bagi yang masih bercuti2 raya,jgn terlalu gembira kerana esok masih ada tuk hari bekerjamu..*mengenangi nasib diri yang ditimbuni oleh kerja2 yang sgt banyak*
No comments:
Post a Comment